Aku bole dikatakan penggemar perfume
sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi waktu tu, tak de ler Gucci, GA dsb.. yang ada waktu tu perfume body shop.
Hmm.. start zaman kampus yang ni ialah koleksi yang mula-mula perfume yang aku beli
Estee Lauder Pleasures, bau floral yang lembut.
Yang ni pulak Jean Paul Gaulter (classic). Ada bau vanilla, powdery, sweet dan floral.
Baunya memang best... antara perfume yang aku suka. Ni botol ke 2 yang aku beli. Bestt.. ssbb dpt free miniature dan losyen lg. Disebabkan aku suka perfume Jean Paul Gaulter.. aku pun belikan mr. hubby jugak
Yang ni Le Male Jean Paul Gaulter for men. Ada bau vanilla, aromatic & fresh.
Yang ni pulak Luciano Soprani Her.
Terjebak jugak sebab mula-mula aku pakai D Luciano Soprani (kat bawah ni). Lepas tu terus jatuh hati dgn wangian dr Luciano ni. Baunya agak fruity, dan ada floral. Kalau dulu2, aku tak berapa suka perfume yg floral/fruity.. aku suka yang woody dan musky. Tapi nampaknya selera dah berubah, tukar citarasa sikit :)
D Luciano Soprani
Bau yang best, selain powdery, aku suka sbb ada bau woody dan floral.
stok baru... Anna Sui Flight of Fancy
baunya best, antara yang aku suka. Sbb ada bau citrus, floral dan woody jugak. Bila pakai rasa sgt fresh :)
Asalnya nak tengok-tengok je kat Parkson Alamanda tu, tapi tak bole tahan baunya.. bole bawa ke mimpi kalau tak beli.. hehe
Versace Versense
Yang ni pun aku suka, bau lain dari lain.. iaitu bau citrus dan woody. Yang ni beli last year kat Sogo. Ingatkan nak beli satu jer, tapi mulut manis promoter tu berjaya mempengaruhi aku beli Beyonce nih...
Beyonce Heat Rush
Set ni lah yang akhirnya aku beli tanpa plan pun. Baunya sweet2 gitu, siap dpt free miniature yg 15ml lagi, berbaloi-baloi..
Jessica Simpson Fancy Love
Baunya lembut, bagi aku ia lebih pada floral... secara jujurnya perfume ni aku jarang pakai sebab macam kurang sikit tarikannya berbanding dengan Jean Paul Gaulter atau Versace.
huhhhh... nanti aku update lagi perfume koleksi yg aku ada, dan akan ada..
hmm.. mcm teringin dengan Elizabeth Arden dan Burberrry pula.






No comments:
Post a Comment